Tuesday, July 8, 2014

Kebab Pita Homemade

Assalam Semua.. harini ayus nk share resepi Kebab simple yg ayus buat untuk berbuka semalam.. hee...

Bahan-bahannya :
Roti Poket/ Roti Pita.. boleh dapat kat Giant

Sayur-mayur yang nk dimasak sekali dgn daging (tomato,lobak, cili benggala, bawang holland)

Salad sebagai hiasan

Daging burger yang di hancurkan.. kalau nk pakai daging hancur biasa pun boleh

Sos cili dan sos tomato

Cara2 memasak:

Tumiskan bawang Holland tadi sehingga naik bau..

Masukkan daging dan goreng sehingga masak.. macam MA dia kata garing lagi sedap.. tp ayus xbuat garing sangat semalam..

Masukkan lobak dan kacau..

Masukkan 2-3 sudu sos cili

2-3 sudu sos tomato

dan last sekali, masukkan semua sayur mayur..

Kacau sebati.. tambahkan garan dan serbuk sedap rasa sikit..



Roti pita tadi, Potong dua mcm dlm gambar.. then panaskan sikit atas kuali..


Isikan daging yang dimasak tadi ke dalam roti poket tadi.. tambah salad tu as hiasan.. hee..


Siap!

Selamat mencuba... :)

p/s: MA makan smpai dua poket.. ayus ngn SIL sorang satu.. konyang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Copyright to yusranorzan
Designed by UMIESUEstudio 2015