Sunday, February 16, 2014

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum.. harini ayus nk share resepi Puding Roti Karamel feverato ayus sendiri.. hehe.. moh kite layan....


Bahan-bahannya :

Bahan A-
4biji telur - ayus guna gred C

1sudu teh assen vanilla

setengah tin  susu pekat - kalau nk kurang manis, kurangkan kuantiti susu yee...


1tin susu cair

3-4 keping roti.. 

 Bahan B (untuk buat karamel) :


anggaran 50 ml air putih
3Sudu besar gula pasir

Cara-cara masak pulak..

mula kan dengan membuat karamel dahulu dengan menggunakan bahan B -

masakkan gula dalam non-stick pan mcm di atas ni.. 
masak gula tu sampai kecoklat-coklatan.. tapi ingat... jangan hangit..  bila semua gula dah cair dan dah bertukar warna, masukkan sikit demi sedikit air.. tapi jangan berhenti kacau.. nanti dia berketul pulak..

bila suda cair dan likat.. masukkan dalam bekas untuk dikukus.. Ketepikan...


kemudian, masukkan semua bahan-bahan A kedalam pengisar/blender.. kisarkan sehingga semua sebati..

masukkan semua bahan.. 

selepas di blend



masukkan bahan A yang di kisar tadi ke dalam bekas karamel tadi.. seperti gambar di atas, nampak x layer karamel dan puding tu? karamel tu akan mengeras tetapi bila dikukus ia akan cair.. 

masukkan dalam pengukus, untuk ayus, mmg xde pengukus atas dapur.. hehe.. jadi ayus guna pengukus electrik ni.. senang pun sonang... terima kasih kepada pemberi hadiah ni :D

masak kukus dalam 30-45minit sahaja.. macam ayus guna 45minit untuk langkah selamat...

tadaaaa! selepas 45minit.. heee.. ayus transfer dalam bekas kaca ni untuk dihidang..  boleh la dibuat minum petang2.. kalau nk best lagi.. masukkan dalam peti sejukk.. memang yummeyh!

sedap kan... apa lagi? jom cuba! senang ajer... 

p/s: atas pemintaan sahabat MA, ayus buat jugak harini.. sodap weh...
p/s/s: untuk yang diet macam ayus.. korang boleh kurangkan penggunaan susu pekat.. sebab gula karamel pn dah cukup manis untuk overtake rasa kurang manis puding tu..

Selamat mencuba!

4 comments:

Marionette Doll said...

mcm tu rupanyaa nk buat puding ,thx for sharing

yusraliyana said...

Senang ja.. selamat mencuba Marionette :)

Suhaiza Shamsudin said...

bik ayus .. terliur tgok ... hehe

yusraliyana said...

Sedap kan mummy... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Copyright to yusranorzan
Designed by UMIESUEstudio 2015