Wednesday, February 19, 2014

Cara Menyediakan Rebusan Buah Zuriat

Assalamualaikum semua especially TTC-ian.. Alhamdulillah rezeki ayus ade org tolong belikan buah zuriat ni dekat Mekah masa dia menunaikan Umrah baru2 ni.. Buah Zuriat ni juga dikenali sebagai buah Adam dan Hawa.. Di negara Arab, buah ini dikenali sebagai Doum. Di negri arab, buah ini dijual sebagai sediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita. Tapi kena ingat.. ni adalah ikhtiar kita.. Ia membantu untuk menyelesaikan masalah tapi bukan AKAN memberi zuriat.. lepas mencuba kita tawakkal kepada Yang Maha Esa..

Ni la rupa buah Zuriat tu.. ni ehsan dari en Google..hee.. semalam lupa la nk snap gambar sbb excited dgn MA nk kupasnye..

Ni la isi dalam buah zuriat.. nk belah dia.. Subhanallah.. keras sgt..

Ni la peralatan yang dgunakan MA untuk belahkannya.. hehe..

Selepas dapat belah.. Amik isinya.. mcm kami, potong kecil2 camni.. sebelum direbus..

Rebus dalam periuk.. dalam 5gelas air.. masa pulak.. semalam ayus rebus 15minit aje air dah berubah jadi air teh.. oh, kne rebus smpi jadi air teh tau..
macam ni la hasilnya.. ni pn ehsan google.. hehe.. lupa nk capture sendiri punya..

ikot bacaan ayus dari blog rakan2 lain, nama buah ni pn buah Adam dan Hawa, jadi sekali masak gunakan 2biji sekaligus.. air rebusan tu boleh ditambah dan dididihkan semula sampai warnanya jernih.. kiranya kalau harini minum, esok dah kurang, tambah air dan rebus lagi..

Suami isteri digalakkan minum segelas pagi dan malam selama 44hari ataupun sehingga mengandung.. kalau ada rezeki buah lebih, buat la sampai mengandung.. insyaAllah.. desamping tu.. amalkan jugak Doa dalam Surah Al-Imran, ayat 38, Doa apa yg kita hajati dan selawat keatas Nabi kita 3x.. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.. amin..

p/s: Setiap usaha itu pasti ada ganjarannya.. bezanya hanyalah masa.. dengan izin Yang Maha Kaya..
p/s/s: ada pelbagai cara penyediaannya.. ni salah satu daripadanya..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Copyright to yusranorzan
Designed by UMIESUEstudio 2015